Wednesday, 27 July 2011

WELCOME TO BLOG SMK SUNGAI BESAR

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK SUNGAI BESAR


Matlamat Kaunseling
  • Supaya klien dapat memahami diri dan situasinya.
  • Supaya klien menerima diri dan situasinya serta mempunyai pandangan yang lebih objektif dan realistik.
  • Supaya klien mengenalpasti keperluannya.
  • Supaya klien dapat membuat rancangan yang realistik dalam kehidupannya
  • Supaya klien bertanggungjawab atas diri dan perlakuannya.
  • Supaya klien dapat menjadi individu yang boleh berfungsi sepenuhnya.
Falsafah Perkhidmatan Kaunseling

Bahawasanya, setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digemblengkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beramanah, berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek intelektual,jasmani,emosi dan rohani serta beriman.


TUGAS GURU KAUNSELING DI SEKOLAH

Tugas Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah adalah cuba mendengar dan memahami bagaimana perasaan dan fikiran kliennya tentang berbagai-begai perkara. Guru Bimbingan dan Kaunseling tidak akan membuat keputusan untuk kliennya, tetapi bersama kliennya mengenalpasti beberapa strategi dan alternatif yang boleh di pertimbangkan oleh klien dalam usaha untuk membuat keputusan.

Peranan Klien@ Pelajar

Peranan klien adalah membantu dirinya dalam memahami isu situasinya. Klien juga harus membuat keputusan dan melaksanakan sebarang tindakan yang telah di fikirkan bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling supaya klien dapat mencapai matlamatnya.


SENARAI TUGAS GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA

1. Menyediakan rancangan tahunan progam dan aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah.
2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual, dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.
3. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
4. Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.
5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum
6. Merancang, melaksana, mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profesional dan beretika.
7. Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.
8. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperiksaan seperti PMR, SPM, SPMV dan STPM.
9. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.
10. Merancang, menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjtkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dan luar negara.
11. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan dan Kaunseling, Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.
12. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti konferensi dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.
13. Membuat penilaian aktiviti, modul, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
14. Merancang, menyelaras, dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
15. Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelars Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
17. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukannya.
18. Menjadi personel perhubungan/ seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.
19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-officio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.
20. Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancangan Sekolah.
21. Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.  
22. Menjadi penyelaras dalam program-program perkembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus
         ketatanegaraan dan sebagainya.
23. Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Program Sekolah Selamat, Dasar Pendidikan Wajib, Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris & Dasar Bahasa Tambahan, Penempatan (kemasukan) pelajar di sekolah.
24. Menjadi penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan PelajaranNegeri.
25. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.
26. Menjadi ex-officio dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...