Thursday, 28 July 2011

Seminggu Program PPDa Smk Sungai Besar dalam Agenda Projek Inovasi Kasut Gergasi

Kasut Gergasi yang nampak
" GAH " TELAH SIAP...BAGAIMANA PROSES PEMBUATANNYA???????



SEKALUNG PENGHARGAAN BUAT~~~~~~~~~~~~~
Jutaan terima kasih kepada panatia sivik dan kewarganegaraan yang turut sama bekerjasama dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk pembinaan Kasut Gergasi sebagai salah satu Inovasi Kekal dalam Program PPDa di Smk Sungai Besar. Tidak lupa juga sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih atas penat lelah Guru Pendidikan Khas yang telah berusaha keras dalam menyiapkan Projek Inovasi Kasut Gergasi. Tunjang utama kepada pembinaan Kasut Gergasi adalah Cikgu Fadli Bin Panut, Cikgu Hafizi Bin Mohamad (Guru Praktikal UPSI), Cikgu Shukor dan Cikgu Khairul (Guru Praktikal UPSI) kerana bersama-sama menjayakan projek tersebut siang dan malam dalam masa seminggu. Kos perbelanjaan dalam pembinaan Kasut Gergasi adalah anggaran RM 500. Terima kasih juga kepada ketua Kaunselor Tn Hj Hassanudin, Pn Rohaida, Pn Nurul Huda, Tn Hj Soib, Guru praktikal Cikgu Nor Azrina dan Cikgu Mariani yang turut berusaha dengan gigih bagi menguruskan projek tersebut.













 
Perbincangan antara Pn Rohaida, Mariani,
Pn Nurul Huda dan Nor azrina.




Cikgu Hafizi, Cikgu Mariani, Cikgu Azrina bersama pelajar
mula mencari kawasan untuk Kasut Gergasi


Cikgu Fadli Panut yang mengetuai
Pembinaan Kasut Gergasi
bersama dengan Cikgu Hafizi.
Merangka, menyimen serta lain-lain
perkara yang berkaitan dengan kasut
di lakukan oleh mereka.


Pelbagai kekangan masalah yang berlaku,
antaranya jika hari hujan, maka pembinaan
asut gergasi terpaksa di tangguhkan.
Selain itu, dalam pada masa yang sama,
kehabisan barang keperluan untuk pembuatan
kasut seperti pasir dan simen.
Maka pelbagai penambahan di lakukan dengan
segera agar pembinaan kasut
gergasi berjalan dengan lancar.

Siang dan malam Cikgu Fadli Dan cikgu Hafizi
menyiapkan kasut Gergasi. Begitu juga dengan
 guru pendidikan khas yang kain seperti cikgu khairul,
 cikgu shukor dan guru kaunselor turut turun padang
untuk membantu pembinaan kasut tersebut.


Antara sudut yang di buat pemulihan semula
untuk program PPDa smk Sungai Besar.
Laman Melangkah Tanpa Dadah,
oleh pelajar SLAD, PRS, DAN PPDa.


Faiz serta rakan-rakan juga tidak kurang hebatnya
membuat Roket untuk persembahan
pada program PPDa.
Dengan Tema "HAPUSKAN ROKOK PADA SASARAN"


lAMAN PPDa Permaianan Dadu





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...