Wednesday, 19 October 2011

Program Momentum MGK Daerah Sabak Bernam (Zon Sungai Besar)

Tarikh : 5 Oktober 2011
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Kehadiran : 1. Tn. Hj Azman Bin Mashuri
                   2. Ustaz Alias Bin Majit
                   3. Pn. Salasiah Binti Kardi
                   4. Ustaz Roslan Bin Arshad

Selamat datang ke Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Sungai Besar.

Sesi perbincangan bersama-sama JU Momentum dan Tn. Hj Azman.

JU sedang memeriksa fail-fail pengurusan.

Terima kasih kerana sudi datang ke UBK SMK Sungai Besar.


JU Momentum Zon Sungai Besar - Ustaz Alias Bin Majit

JU Momentum Zon Sungai Besar - Pn. Salasiah

Wednesday, 21 September 2011

TERIMA KASIH ...SEMOGA BERSUA LAGI


Terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan selama menjalani p
raktikal di UBK SMK Sungai Besar. Semoga Azrina dan Mariani berjaya di masa hadapan dan dapat menjalankan tesis dengan jayanya. Kami dari UBK SMK Sungai Besar mendoakan kejayaan kalian.

Sunday, 31 July 2011

PROGRAM MELUKIS DAN MEWARNA POSTER MINGGU ANTIDADAH ANTARABANGSA PERINGKAT DAERAH SABAK BERNAM



<> <> <> <> <> <>
Guru praktikum turut bersama-sama menolong memantau pelajar dalam pertandingan melukis poster





<> <> <>
Tema pertandingan bebas, tapi mesti tidak lari dari tajuk dadah
sebagai contoh "HIDUP SIHAT TANPA DADAH" " HIDUP CERIA TANPA DADAH"



<> <> <> <> <> <>
cIKGU azRIna sebagai pemantau
bersama dua orang guru lain iaitu Pn NuRul HudA dAN cIKgU maRIani


<> <> <>
Saiyidah salah seorang pelajar yang aktif dan selalu terlibat dalam pertandingan melukis poster


Program Explorace Jelajah Bahasa

 Program Explorace Jelajah Bahasa ini dilaksanakan kepada 6 buah kumpulan. Pada minggu Jelajah Bahasa. Pelbagai Aktiviti yang di lakukan untuk melaksanakan program ini.


mINum Air tEH PanAS


AsingkaN BaRanG


PUZZLE T



PROGRAM JAUHI ZINA

<><> <><> <><>
gambar 1


<><> <><> <><>
gambar 2


<><> <><> <><>
gambar 3
Program Jauhi Zina adalah satu program yang di lakukan untuk mendedahkan kepada semua pelajar mengenai bahaya zina, larangan dalam islam dan kesan hasil dari perzinaan.  Selain itu, pelajar juga di dedahkan dengan pelbagai video yang memberikan kesedaran dan impak dalam diri mereka.

Thursday, 28 July 2011

PROGRAM 1 MURID 1 SUKAN, DAN BULAN KECERGASAN

senamrobik di persembahkan oleh semua guru praktikal


Guru-guru Smk Sungai Besar bersedia untuk berlari


Larian oleh guru smk sungai besar


Pengetua dan guru serta pelajar turut melakukan senamrobik

Seminggu Program PPDa Smk Sungai Besar dalam Agenda Projek Inovasi Kasut Gergasi

Kasut Gergasi yang nampak
" GAH " TELAH SIAP...BAGAIMANA PROSES PEMBUATANNYA???????



SEKALUNG PENGHARGAAN BUAT~~~~~~~~~~~~~
Jutaan terima kasih kepada panatia sivik dan kewarganegaraan yang turut sama bekerjasama dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk pembinaan Kasut Gergasi sebagai salah satu Inovasi Kekal dalam Program PPDa di Smk Sungai Besar. Tidak lupa juga sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih atas penat lelah Guru Pendidikan Khas yang telah berusaha keras dalam menyiapkan Projek Inovasi Kasut Gergasi. Tunjang utama kepada pembinaan Kasut Gergasi adalah Cikgu Fadli Bin Panut, Cikgu Hafizi Bin Mohamad (Guru Praktikal UPSI), Cikgu Shukor dan Cikgu Khairul (Guru Praktikal UPSI) kerana bersama-sama menjayakan projek tersebut siang dan malam dalam masa seminggu. Kos perbelanjaan dalam pembinaan Kasut Gergasi adalah anggaran RM 500. Terima kasih juga kepada ketua Kaunselor Tn Hj Hassanudin, Pn Rohaida, Pn Nurul Huda, Tn Hj Soib, Guru praktikal Cikgu Nor Azrina dan Cikgu Mariani yang turut berusaha dengan gigih bagi menguruskan projek tersebut.













 
Perbincangan antara Pn Rohaida, Mariani,
Pn Nurul Huda dan Nor azrina.




Cikgu Hafizi, Cikgu Mariani, Cikgu Azrina bersama pelajar
mula mencari kawasan untuk Kasut Gergasi


Cikgu Fadli Panut yang mengetuai
Pembinaan Kasut Gergasi
bersama dengan Cikgu Hafizi.
Merangka, menyimen serta lain-lain
perkara yang berkaitan dengan kasut
di lakukan oleh mereka.


Pelbagai kekangan masalah yang berlaku,
antaranya jika hari hujan, maka pembinaan
asut gergasi terpaksa di tangguhkan.
Selain itu, dalam pada masa yang sama,
kehabisan barang keperluan untuk pembuatan
kasut seperti pasir dan simen.
Maka pelbagai penambahan di lakukan dengan
segera agar pembinaan kasut
gergasi berjalan dengan lancar.

Siang dan malam Cikgu Fadli Dan cikgu Hafizi
menyiapkan kasut Gergasi. Begitu juga dengan
 guru pendidikan khas yang kain seperti cikgu khairul,
 cikgu shukor dan guru kaunselor turut turun padang
untuk membantu pembinaan kasut tersebut.


Antara sudut yang di buat pemulihan semula
untuk program PPDa smk Sungai Besar.
Laman Melangkah Tanpa Dadah,
oleh pelajar SLAD, PRS, DAN PPDa.


Faiz serta rakan-rakan juga tidak kurang hebatnya
membuat Roket untuk persembahan
pada program PPDa.
Dengan Tema "HAPUSKAN ROKOK PADA SASARAN"


lAMAN PPDa Permaianan Dadu





Program Sahsiah Unggul Murid Sesi Petang Pada 7 Julai 2011

 Pada hari Khamis, Program Sahsiah Unggul Murid telah di jalankan untuk semua pelajar sesi petang Smk Sungai Besar. Pengisian program ini lebih kepada menerapkan nilai-nilai murni sahsiah pelajar dengan mendedahkan pelbagai contoh norma kehidupan melalui tayangan video dan ceramah. Sekadar buat renungan untuk para pelajar smk sungai besar. Penceramah yang di undang adalah Ustaz Asraf iaitu Imam Besar Kuala Selangor. Program Slot ceramah dan tayangan video itu telah di jalankan selama dua jam. Semua guru terlibat termasuklah kaunselor unit bimbingan dan kaunseling.




Pelajar Sesi Petang Perempuan


Mendengar Ceramah dari Ustaz Asraf


CiKgu AzRiNA sEBAGAI PeNgAcArA MaJLis dan
uSTAZ AsraF sEBAGAI pENCErAMAH uNdANgAn


Gabungan  Pelajar Sesi Petang

PROGRAM RIMUP DI SIN MIN SUNGAI BESAR

Program ini telah berlangsung pada hari Rabu (29/6/2011) dan iikuti oleh pelajar lelaki dan perempuan sekolah rendah berbilang kaum dan berlainan sekolah. Kaunselor pelatih memegang slot ice breaking dan beberapa slot yang lain bagi menjayakan program tersebut.

Slot Ice Breaking bersama pelajar dengan kaunselor pelatih- cikgu azrina 

Antara pelajar yang terlibat dari pelbagai sekolah


Antara aktiviti yang di jalankan adalah puzzle, sarang labah-labah, asingkan barang, main galah panjang dan isi air dalam batang paip.




 sarang labah-labah


 Persembahan kebudayaan


Puzzle


PROGRAM ORENTASI TINGKATAN 6 RENDAH

 
Tn Hj Hassanuddin memberi taklimat kepada pelajar sebelum bermulnya program orientasi tingkatan 6.

pelajar lelaki tingkatan 6 bawah


Di Awasi oleh Ketua Kaunselor Pn Rohaida Mad Yasin Dan Tn Hj Hassanudin
dalam modul Team Building selepas Ice breaking.


Team Building-Puzzle  T
Modul ice breaking di lakukan oleh kaunselor pelatih, cikgu Azrina, dan Team Building di lakukan oleh Cikgu Mariani. Lokasi program di Dewan Makan Asrama Smk Sungai Besar.












Wednesday, 27 July 2011

WELCOME TO BLOG SMK SUNGAI BESAR

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK SUNGAI BESAR


Matlamat Kaunseling
  • Supaya klien dapat memahami diri dan situasinya.
  • Supaya klien menerima diri dan situasinya serta mempunyai pandangan yang lebih objektif dan realistik.
  • Supaya klien mengenalpasti keperluannya.
  • Supaya klien dapat membuat rancangan yang realistik dalam kehidupannya
  • Supaya klien bertanggungjawab atas diri dan perlakuannya.
  • Supaya klien dapat menjadi individu yang boleh berfungsi sepenuhnya.
Falsafah Perkhidmatan Kaunseling

Bahawasanya, setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digemblengkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beramanah, berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek intelektual,jasmani,emosi dan rohani serta beriman.


TUGAS GURU KAUNSELING DI SEKOLAH

Tugas Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah adalah cuba mendengar dan memahami bagaimana perasaan dan fikiran kliennya tentang berbagai-begai perkara. Guru Bimbingan dan Kaunseling tidak akan membuat keputusan untuk kliennya, tetapi bersama kliennya mengenalpasti beberapa strategi dan alternatif yang boleh di pertimbangkan oleh klien dalam usaha untuk membuat keputusan.

Peranan Klien@ Pelajar

Peranan klien adalah membantu dirinya dalam memahami isu situasinya. Klien juga harus membuat keputusan dan melaksanakan sebarang tindakan yang telah di fikirkan bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling supaya klien dapat mencapai matlamatnya.


SENARAI TUGAS GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA

1. Menyediakan rancangan tahunan progam dan aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah.
2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual, dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.
3. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
4. Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.
5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum
6. Merancang, melaksana, mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profesional dan beretika.
7. Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.
8. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperiksaan seperti PMR, SPM, SPMV dan STPM.
9. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.
10. Merancang, menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjtkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dan luar negara.
11. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan dan Kaunseling, Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.
12. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti konferensi dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.
13. Membuat penilaian aktiviti, modul, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
14. Merancang, menyelaras, dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
15. Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelars Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
17. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukannya.
18. Menjadi personel perhubungan/ seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.
19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-officio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.
20. Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancangan Sekolah.
21. Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.  
22. Menjadi penyelaras dalam program-program perkembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus
         ketatanegaraan dan sebagainya.
23. Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Program Sekolah Selamat, Dasar Pendidikan Wajib, Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris & Dasar Bahasa Tambahan, Penempatan (kemasukan) pelajar di sekolah.
24. Menjadi penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan PelajaranNegeri.
25. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.
26. Menjadi ex-officio dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...